Paparkan senarai Pelanggan melalui Senarai > Pelanggan.
Paparan ini menunjukkan senarai pelanggan yang telah didaftarkan dalam sistem anda. Senarai ini juga mengandungi maklumat bagi:
Pelanggan yang menempah melalui borang.
Pelanggan yang mendaftar melalui landing page.
Pelanggan yang ditambah melalui butang “Tambah Pelanggan Baru”.
Kemudian, tekan butang “Tambah Pelanggan Baru“.
Berikut adalah medan yang wajibdiisi:
Emel
Kata Laluan
Nama
No. Telefon
Masukkan Emel pelanggan yang boleh digunakan.
Tetapkan Kata Laluan yang kukuh atau ketik butang “Jana Kata Laluan Rawak“.
Masukkan Nama pelanggan.
Masukkan Nombor Telefon pelanggan yang berserta dengan kod dail negara.
Untuk memudahkan pembacaan Alamat, terdapat pilihan sama ada anda ingin memasukkan Jenis Alamat “Ringkas” atau “Terperinci“. Kemudian isikan ruangan yang disediakan.
Pilihkan Jantina pelanggan.
Masukkan Tarikh Lahir pelanggan.
Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.