Minit Pertama: Kemaskini Tetapan
Paparkan tetapan Perniagaan anda melalui Tetapan > Sistem > Perniagaan
Isikan medan berikut:
Nama Pemilik
Nama Perniagaan
Emel Perniagaan
Matawang
Selepas kesemua medan telah diisi, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.
Minit Kedua: Kemaskini Akaun Bank
Paparkan tetapan Akaun Bank anda melalui Tetapan > Akaun Bank
Isikan medan berikut:
Nama Bank
Nama Akaun
Nombor Akaun
Selepas kesemua medan telah diisi, tekan butang Tambah Akaun Bank dan tunggu sehingga proses selesai.
Minit Ketiga: Masukkan Produk
Dari laman Utama, paparkan Senarai Produk melalui Tab Produk
Klik butang berlabel Tambah Produk
Isikan medan berikut:
Kod
Nama
Gambar
Stok
Jenis Nilai
Jenis Harga
Senarai Harga
Untuk Senarai Harga, pilih “Direct & Affiliate” dan masukkan Harga berdasarkan Unit dibeli.
Selepas kesemua medan telah diisi, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.
Minit Keempat dan Kelima: Bina Borang
Paparkan Senarai Borang melalui Tab Borang
Klik butang berlabel Tambah Borang
Isikan medan berikut:
Kod
Tajuk
Bahasa
Susun Atur
Jenis Jualan
Kaedah Jualan: Direct
Produk
Kaedah Pembayaran Bank
Selepas kesemua medan telah diisi, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.