Statistik (Jualan)

  1. Paparkan statistik jualan melalui Analisis > Statistik > Jualan, paparan tersebut menunjukkan jumlah jualan anda dalam bentuk graf.
  2. Paparan ini boleh ditetapkan mengikut kepada:
    • Masa
    • Status Jualan
    • Jenis Graf
  3. “Jumlah Nilai” yang terletak di bawah graf adalah jumlah berdasarkan status jualan yang dipilih.
  4. Untuk menggunakan paparan mengikut kepada Masa “Custom”, anda perlu memilih tarikh mula dan tarikh akhir.

Statistik (Borang, Kupon & Produk)

  1. Paparkan statistik borang, kupon atau produk melalui Analisis > Statistik > Borang, Kupon atau Produk.
  2. Secara default, paparan akan menyusunkan mengikut kepada nombor susunan.
  3. Menekan salah satu daripada tajuk ruangan dalam rajah tersebut akan menyusun isi kandungan mengikut kepada susunan huruf (A hingga Z, atau Z hingga A), atau nombor (meningkat atau menurun) atau keaktifan (Ya atau Tidak) berdasarkan jenis isi tersebut.

Laporan (Jualan, Peserta & LTV Pelanggan)

  1. Paparkan paparan laporan jualan melalui Analisis > Laporan > Jualan, Peserta atau LTV Pelanggan.
  2. Dalam paparan ini, anda boleh memilih medan yang anda ingin memasukkan dalam laporan yang akan dijana, antaranya:
    • Identiti Unik Berdasarkan (LTV Pelanggan sahaja)
    • Medan paparan
    • Status Jualan
    • Bilangan Rekod
    • Saiz Huruf (untuk kegunaan cetakan dan PDF)
    • Orientasi PDF
    • Julat Tarikh
    • Tapisan
  3. Selepas selesai menetapkan medan yang anda inginkan, anda boleh memilih untuk menekan butang:
    • Menjana Laporan Jualan (akan dipaparkan di paparan yang sama, butang ini perlu ditekan terlebih dahulu supaya data yang dimuat turun adalah mengikut medan yang ditetapkan)
    • Muat Turun Fail PDF (akan dimuat turunkan dan boleh dipapar menggunakan aplikasi yang boleh memaparkan PDF)
    • Muat Turun Fail CSV (akan dimuat turunkan dalam format CSV untuk kegunaan penyimpanan melalui Microsoft Excel)