Muat Naik Gambar

Anda boleh memuat naik ke dalam akaun menerusi bahagian Senarai Gambar. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Buka Senarai Gambar menerusi menu Senarai > Gambar.
  2. Untuk memuat naik gambar, tekan butang Tambah Gambar.
  3. Kemudian tekan butang Pilih Gambar pada kotak dialog.
  4. Seterusnya, tekan butang Muat Naik dan tunggu proses selesai.

Masukkan Gambar Ke Dalam Editor Teks

Gambar yang telah dimuat naik boleh dimasukkan ke dalam editor teks yang mempunyai butang Image List. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Tekan butang Image List pada editor teks.
  • Pilih gambar daripada senarai gambar yang dipaparkan