Tambah Ejen Dropship

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menambah ejen dropship dalam sistem anda:

  1. Paparkan senarai Ejen Dropship melalui Dropship > Ejen.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Ejen Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • ID Ejen
    • Emel
    • Kata Laluan
    • Nama Pertama
    • Nama Akhir
    • Nombor HP
    • Jantina
    • Daerah
    • Negeri
  4. Pertama sekali, isikan ID ejen yang bersesuaian.
  5. Masukkan Emel ejen yang masih boleh digunakan.
  6. Tetapkan Kata Laluan yang kukuh atau ketik butang “Jana Kata Laluan Rawak“.
  7. Masukkan Nama Pertama, Nama Akhir dan Nombor Telefon Bimbit ejen.
  8. Pilihkan Jantina ejen.
  9. Jika perlu, masukkan Tarikh Lahir ejen.
  10. Masukkan Daerah dan Negeri operasi ejen.
  11. Jika perlu, masukkan Nama Bank, Nama Akaun dan Nombor Akaun ejen.
  12. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.