Menambah Kupon

Kupon perlu ditambah terlebih dahulu sebelum boleh digunakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Paparkan Senarai Kupon melalui Senarai > Kupon.
  2. Kemudian tekan butang “Tambah Kupon Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Kod
    • Jenis
    • Kesan
    • Nilai
    • Kuantiti
    • Tempoh Sah
  4. Masukkan Kod kupon unik yang bersesuian.
  5. Kemudian, pilih Jenis kupon antara “Tetap” atau “Peratus“.
  6. Seterusnya, pilih Kesan kupon antara “Jumlah Harga” atau “Setiap Item“.
  7. Masukkan Nilai kupon tersebut berdasarkan Jenis kupon.
  8. Jika ingin aktifkan Syarat Sah isikan sekurang-kurangnya salah satu kotak teks berikut:
    • Tetapkan Jumlah Kuantiti Minimum.
    • Tetapkan Jumlah Harga Minimum.
    • Tetapkan Jika Ada Salah Satu Produk.
  9. Seterusnya, tetapkan Kuantiti kupon tersebut antara “Tiada Had” atau “Terhad“.
  10. Tetapkan Tempoh Sah antara “Tiada Had” atau “Terhad“.
  11. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai. Semak senarai untuk pastikan kupon telah berjaya dibuat.