Tambah Link

Anda boleh membuat penambahan link pendek di mana link tersebut boleh digunakan untuk memudahkan penyebaran link tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Paparkan senarai Link Pendek melalui Senarai > Link Pendek.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Link Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Domain
    • Alias
    • URL Sasaran
  4. Pertama sekali, pilih Domain yang anda ingin gunakan, di mana ianya akan diletakkan di bahagian hadapan kepada link pendek tersebut.
  5. Alias adalah digalakkan diletakkan sebagai “Custom” jika anda ingin memasukkan keyword dalam link tersebut. (Contohnya jika anda memilih “ezy.la” sebagai subdomain dan memasukkan perkataan “onpaydabest” sebagai custom alias, link pendek akan dikeluarkan sebagai “ezy.la/onpaydabest“)
  6. Selepas itu, masukkan URL sasaran yang anda ingin gunakan dalam ruangan tersebut.
  7. Jika perlu, anda boleh menetapkan Tarikh Luput untuk link pendek tersebut, di mana link tersebut tidak boleh digunakan lagi selepas tarikh yang ditetapkan.
  8. Fungsi Kod Tambahan juga boleh digunakan untuk link pendek.
  9. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.