Tambah Kumpulan Ejen Pengedar

Butang “Pengedar” menyenaraikan paparan yang menunjukkan maklumat berkenaan “pengedar” iaitu:

  1. Paparkan senarai Kumpulan Ejen Pengedar melalui Pengedar > Kumpulan.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Kumpulan Ejen Baru“.
  3. Seterusnya, masukkan Nama kumpulan ejen pengedar yang bersesuaian.
  4. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.

Tambah Ejen Pengedar

  1. Paparkan senarai Ejen Pengedar melalui Pengedar > Ejen.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Ejen Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Kumpulan
    • ID Ejen
    • Emel
    • Kata Laluan
    • Nama
    • Nombor HP
    • Jantina
  4. Pilihkan Kumpulan untuk ejen baru tersebut.
  5. Masukkan ID Ejen yang bersesuaian.
  6. Masukkan Emel ejen baru.
  7. Tetapkan Kata Laluan yang kukuh untuk ejen baru atau ketik butang “Jana Kata Laluan Rawak“.
  8. Seterusnya masukkan Nama dan Nombor Telefon Bimbit ejen baru.
  9. Pilihkan Jantina ejen baru.
  10. Masukkan Tarikh Lahir ejen baru (jika perlu).
  11. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.