Tambah Kumpulan Prospek Baru

  1. Paparkan senarai Kumpulan Prospek melalui Senarai > Prospek > Kumpulan.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Kumpulan Prospek Baru“.
  3. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya satu kumpulan prospek sebelum anda boleh memasukkan prospek.
  4. Kumpulan yang tersenarai akan ditunjukkan dalam senarai kumpulan prospek borang dan penambahan prospek baru.
  5. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.

Tambah Borang Prospek

  1. Paparkan senarai Borang Prospek melalui Senarai > Prospek > Borang.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Borang Prospek Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Kumpulan
    • Kod
    • Tajuk
Butiran Borang
  1. Pertama sekali, pilih Kumpulan prospek yang akan memasukkan prospek yang berdaftar melalui borang tersebut.
  2. Tetapkan Kod borang yang bersesuaian.
  3. Masukkan Tajuk borang prospek tersebut.
  4. Tuliskan Penerangan ringkas borang jika diperlukan.
  5. Masukkan Gambar yang bersesuaian jika diperlukan.
  6. Tuliskan Teks untuk ditunjukkan dalam borang tersebut jika diperlukan.
  7. Pilihkan Bahasa antara “Bahasa Melayu” atau “Bahasa Inggeris“.
  8. Masukkan pilihan yang anda inginkan di bahagian Pilihan Borang, Nama, Emel dan Nombor HP.
  9. Jika anda ingin maklumat tambahan ke dalam borang untuk dimasukkan oleh prospek, aktifkan ruangan Tambahan dan tetapkan Jenis, Label, Pembayang, Tip, Data.

Pengesahan
  1. Sebagai pilihan, anda boleh mendapatkan akuan dari prospek dan juga mendapatkan prospek untuk menjawab reCAPTCHA.
  2. Jika anda ingin mendapatkan akuan dari prospek, isikan templat akuan dalam ruangan “Teks Akuan“.

Halaman Terima Kasih
  1. Anda boleh mengubah templat Halaman Terima Kasih berdasarkan kehendak anda.
  2. Anda juga boleh melakukan redirect ke halaman lain daripada halaman terima kasih dengan memasukkan URL dan masa selepas prospek selesai menghantar borang.

Kod Tambahan
  1. Untuk kegunaan teknikal, anda boleh memasukkan Kod Tambahan untuk Borang Prospek dan Halaman Terima Kasih.

Templat Emel & SMS
  1. Templat emel boleh diubah, termasuk tajuk dan isi emel yang dihantar ke prospek selepas borang prospek telah diisi.
  2. Templat SMS juga boleh diubah, pastikan isi SMS tidak melebihi 156 huruf jika anda hanya ingin menggunakan 1 kredit SMS setiap kali SMS dihantar.
  3. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.

Tambah Prospek Baru

  1. Paparkan senarai Nama Prospek melalui Senarai > Prospek > Nama.
  2. Kemudian, tekan butang “Tambah Prospek Baru“.
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Kumpulan
    • Emel
    • No. Telefon
  4. Pilihkan sebuah Kumpulan untuk prospek.
  5. Masukkan Nama, Emel dan Nombor Telefon prospek.
  6. Masukkan Maklumat Tambahan prospek baru (jika ada).
  7. Selepas siap, tekan butang “Simpan” dan tunggu sehingga proses selesai.