Senarai
Dropship
Cara menguruskan ejen dropship dan kumpulan dropship perniagaan anda.
14 / 29
Tambah Ejen Dropship
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menambah ejen dropship dalam sistem anda:
- Paparkan senarai Ejen Dropship melalui Dropship > Ejen .
- Kemudian, tekan butang Tambah Ejen Baru .
- Berikut adalah medan yang wajib diisi:
- ID Ejen
- Emel
- Kata Laluan
- Nama Pertama
- Nama Akhir
- Nombor HP
- Jantina
- Daerah
- Negeri
- Pertama sekali, isikan ID ejen yang bersesuaian.
- Masukkan Emel ejen yang masih boleh digunakan.
- Tetapkan Kata Laluan yang kukuh atau ketik butang Jana Kata Laluan Rawak .
- Masukkan Nama Pertama, Nama Akhir dan Nombor Telefon Bimbit ejen.
- Pilihkan Jantina ejen.
- Jika perlu, masukkan Tarikh Lahir ejen.
- Masukkan Daerah dan Negeri operasi ejen.
- Jika perlu, masukkan Nama Bank, Nama Akaun dan Nombor Akaun ejen.
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.