Senarai
Affiliate
Cara menguruskan affiliate, kumpulan affiliate dan bahan media untuk mereka.
13 / 29
Tambah Ejen Affiliate
- Paparkan senarai Ejen Affiliate melalui Affiliate > Ejen .
- Kemudian, tekan butang Tambah Ejen Baru .
- Berikut adalah medan yang wajib diisi:
- ID Ejen
- Emel
- Kata Laluan
- Nama Pertama
- Nama Akhir
- Nombor HP
- Jantina
- Daerah
- Negeri
- Pertama sekali, masukkan ID yang bersesuaian untuk ejen.
- Masukkan Emel ejen yang boleh digunakan.
- Masukkan Kata Laluan yang kukuh untuk ejen, atau ketik butang Jana Kata Laluan Rawak .
- Masukkan Nama Pertama dan Nama Akhir ejen.
- Seterusnya, masukkan Nombor Telefon Bimbit ejen bersama kod negara.
- Pilihkan Jantina ejen.
- Jika perlu, tetapkan Tarikh Lahir ejen.
- Kemudian, masukkan Daerah dan Negeri operasi ejen.
- Jika perlu, masukkan Bank, Nama Akaun dan Nombor Akaun ejen.
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.
Tambah Item Media Affiliate
- Paparan senarai Media Affiliate melalui Affiliate > Media .
- Kemudian, tekan butang Tambah Item Baru .
- Kesemua bahagian borang adalah medan yang wajib diisi:
- Borang
- Nama
- Penerangan
- URL
- Pilihkan Borang yang anda ingin memasukkan media tersebut.
- Isikan Nama media tersebut yang sesuai.
- Isikan Penerangan yang jelas dan sesuai.
- Masukkan URL ke media tersebut.
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.