Tutorial OnPay

Senarai

Produk

Cara menambah produk, menetapkan stok, jenis nilai, jenis harga dan senarai harga.

03 / 29

Menambah Produk

Produk boleh ditambah dengan mudah melalui langkah-langkah berikut:

  1. Paparkan Senarai Produk melalui Senarai > Produk .
  2. Kemudian, tekan butang Tambah Produk .
  3. Berikut adalah medan yang wajib diisi:
    • Kod
    • Nama
    • Stok
    • Jenis Nilai
    • Jenis Harga
    • Senarai Harga
  4. Masukkan Kod produk yang unik.
  5. Masukkan Nama produk yang bersesuaian.
  6. Pilih Stok produk antara Tiada Had atau Terhad (sila nyatakan had stok produk).
  7. Pilih Jenis Nilai antara Tetap atau Terbuka .
  8. Untuk Jenis Nilai Tetap :
    • Pilih Jenis Harga antara Progresif atau Tetap .
    • Progresif membolehkan perubahan jumlah harga berdasarkan unit dibeli manakala Tetap menetapkan harga sama untuk sejumlah unit.
    • Pilih kumpulan untuk Senarai Harga antara Direct & Affiliate , Staf , Dropship atau Pengedar .
    • Untuk setiap kumpulan Senarai Harga, tetapkan harga dan komisyen berdasarkan jumlah unit. Harga yang berlainan juga boleh ditetapkan dengan menekan butang Tambah Harga .
    • Untuk menambah kumpulan harga yang lain, tekan butang Tambah Kumpulan .
  9. Untuk Jenis Nilai Terbuka :
    • Tetapkan Komisyen (jika ada) dalam nilai peratusan.
  10. Masukkan Berat produk (jika ada).
  11. Masukkan perkara yang perlu dimaklumkan untuk produk tersebut (jika ada) di ruang Maklumat Tambahan.
  12. Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.