Senarai
Prospek
Cara melihat dan menguruskan senarai prospek yang belum melengkapkan pembelian.
06 / 29
Tambah Kumpulan Prospek Baru
- Paparkan senarai Kumpulan Prospek melalui Senarai > Prospek > Kumpulan .
- Kemudian, tekan butang Tambah Kumpulan Prospek Baru .
- Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya satu kumpulan prospek sebelum anda boleh memasukkan prospek.
- Kumpulan yang tersenarai akan ditunjukkan dalam senarai kumpulan prospek borang dan penambahan prospek baru.
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.
Tambah Borang Prospek
- Paparkan senarai Borang Prospek melalui Senarai > Prospek > Borang .
- Kemudian, tekan butang Tambah Borang Prospek Baru .
- Berikut adalah medan yang wajib diisi:
- Kumpulan
- Kod
- Tajuk
Butiran Borang
- Pertama sekali, pilih Kumpulan prospek yang akan memasukkan prospek yang berdaftar melalui borang tersebut.
- Tetapkan Kod borang yang bersesuaian.
- Masukkan Tajuk borang prospek tersebut.
- Tuliskan Penerangan ringkas borang jika diperlukan.
- Masukkan Gambar yang bersesuaian jika diperlukan.
- Tuliskan Teks untuk ditunjukkan dalam borang tersebut jika diperlukan.
- Pilihkan Bahasa antara
Bahasa Melayu
atauBahasa Inggeris
. - Masukkan pilihan yang anda inginkan di bahagian Pilihan Borang, Nama, Emel dan Nombor HP.
- Jika anda ingin maklumat tambahan ke dalam borang untuk dimasukkan oleh prospek, aktifkan ruangan Tambahan dan tetapkan Jenis, Label, Pembayang, Tip, Data.
Pengesahan
- Sebagai pilihan, anda boleh mendapatkan akuan dari prospek dan juga mendapatkan prospek untuk menjawab reCAPTCHA.
- Jika anda ingin mendapatkan akuan dari prospek, isikan templat akuan dalam ruangan
Teks Akuan
.
Halaman Terima Kasih
- Anda boleh mengubah templat Halaman Terima Kasih berdasarkan kehendak anda.
- Anda juga boleh melakukan redirect ke halaman lain daripada halaman terima kasih dengan memasukkan URL dan masa selepas prospek selesai menghantar borang.
Kod Tambahan
- Untuk kegunaan teknikal, anda boleh memasukkan Kod Tambahan untuk Borang Prospek dan Halaman Terima Kasih.
Templat Emel & SMS
- Templat emel boleh diubah, termasuk tajuk dan isi emel yang dihantar ke prospek selepas borang prospek telah diisi.
- Templat SMS juga boleh diubah, pastikan isi SMS tidak melebihi 156 huruf jika anda hanya ingin menggunakan 1 kredit SMS setiap kali SMS dihantar.
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.
Tambah Prospek Baru
- Paparkan senarai Nama Prospek melalui Senarai > Prospek > Nama .
- Kemudian, tekan butang Tambah Prospek Baru .
- Berikut adalah medan yang wajib diisi:
- Kumpulan
- Emel
- No. Telefon
- Pilihkan sebuah Kumpulan untuk prospek.
- Masukkan Nama, Emel dan Nombor Telefon prospek.
- Masukkan Maklumat Tambahan prospek baru (jika ada).
- Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai.