Senarai
Kupon
Cara menambah kupon diskaun serta menetapkan jenis, kesan, nilai, kuantiti dan tempoh sah.
04 / 29
Menambah Kupon
Kupon perlu ditambah terlebih dahulu sebelum boleh digunakan melalui langkah-langkah berikut:
- Paparkan Senarai Kupon melalui Senarai > Kupon .
- Kemudian tekan butang Tambah Kupon Baru .
- Berikut adalah medan yang wajib diisi:
- Kod
- Jenis
- Kesan
- Nilai
- Kuantiti
- Tempoh Sah
- Masukkan Kod kupon unik yang bersesuaian.
- Kemudian, pilih Jenis kupon antara
Tetap
atauPeratus
. - Seterusnya, pilih Kesan kupon antara
Jumlah Harga
atauSetiap Item
. - Masukkan Nilai kupon tersebut berdasarkan Jenis kupon.
- Jika ingin aktifkan Syarat Sah isikan sekurang-kurangnya salah satu kotak teks berikut:
- Tetapkan Jumlah Kuantiti Minimum.
- Tetapkan Jumlah Harga Minimum.
- Tetapkan Jika Ada Salah Satu Produk.
- Seterusnya, tetapkan Kuantiti kupon tersebut antara
Tiada Had
atauTerhad
. - Tetapkan Tempoh Sah antara
Tiada Had
atauTerhad
. - Selepas siap, tekan butang Simpan dan tunggu sehingga proses selesai. Semak senarai untuk pastikan kupon telah berjaya dibuat.