Tutorial OnPay

Senarai

Hebahan

Cara menghantar hebahan emel dan SMS kepada kumpulan pengguna anda.

16 / 29

Hebahan bersesuaian untuk digunakan bagi memaklumkan mana-mana pihak yang disenaraikan dalam sistem anda tentang perkara penting. Contohnya promosi jualan produk.

Hebahan Emel / SMS – Untuk Kumpulan

  1. Paparkan tetapan Hebahan Kumpulan melalui Hebahan > Kumpulan .
  2. Pilihkan Kumpulan Sasaran yang anda mahu dihebahkan antara Affiliate , Dropship , Pengedar , Prospek atau Pelanggan .
  3. Pastikan terdapat baki kredit yang mencukupi untuk cara hebahan yang anda ingin gunakan.
  4. Seterusnya pilihkan cara hebahan yang anda ingin gunakan, kemudian masukkan teks ke dalam ruangan yang disediakan.
  5. Tetapkan masa hebahan tersebut akan dihantar, di mana Sekarang akan menghantar hebahan serta merta selepas butang Hebahkan Sekarang diketik. Manakala Kemudian akan menghantar hebahan mengikut kepada masa dan tarikh yang anda tetapkan.
  6. Selepas selesai, ketik butang Hebahkan Sekarang! atau Hebahkan Kemudian .