Langkah 1: Daftar Akaun CHIP
Daftar akaun CHIP melalui https://ezy.la/chip_registration
Semasa pendaftaran, pilih kaedah pembayaran yang ingin digunakan seperti FPX, eWallet, Credit & Debit Card dan lain-lain
Lengkapkan proses verification akaun sehingga status akaun berjaya disahkan (Verified)
Langkah 2: Tetapan Akaun CHIP
Log masuk ke akaun CHIP
Klik </> Developers
Pergi ke tab Brands > Pilih Brand > Copy Brand ID
Seterusnya, pergi ke tab Keys > Live Key
Pilih Live Key yang ingin digunakan > Copy Secret Key
Nota: Jika tiada Live Key, klik butang New Live Key untuk menjana Secret Key yang baharu.
Langkah 3: Lengkapkan Tetapan CHIP di OnPay
Tetapan > Kaedah Pembayaran Lain > CHIP
Paste Brand ID & Secret Key yang telah dicopy daripada CHIP
Tetapkan Caj Pengendalian (jika perlu)
Klik Simpan
Langkah 4: Aktifkan CHIP di Borang Jualan
Pergi ke Senarai > Borang > Kemaskini Borang
Pilih tab Pembayaran > Kaedah Pembayaran Lain
Tandakan pilihan CHIP > Kemaskini borang
Selesai! CHIP kini telah diaktifkan sebagai salah satu kaedah pembayaran di borang jualan OnPay anda.